Teori Yondaime, hanya sekadar teori.

Saturday, August 12, 2006

Siapa Yondaime??

Yondaime, atau lebih dikenali dengan nama formal "the fourth" merupakan satu watak penting dalam perkembangan cerita Naruto. Walaupun begitu, kemunculan Yondaime yang hanya muncul pada slot awal cerita ini membuatkan peminat komik ini mengharapkan kemunculan semula Yondaime. Kematian Yondaime masih merupakan misteri yang belum terungkap dalam komik ini. Adakah dia betul-betul sudah mati? Ada yang menganggap Yondaime belum mati, sebab;
1) Langsung tidak ada satu slot di dalam cerita Naruto yang menunjukkan proses pengkebumian Yondaime.
2) 'Seal' yang terbentuk selepas mempraktikkan jutsu mengkhadam kurung wujud pada badan Naruto. Untuk kes Sarutobi, 'seal' tersebut wujud pada badan Sarutobi sendiri. Mungkinkah Yondaime dapat melarikan diri dari kematian kerana praktis jutsu yang sedikit berbeza?
3) Kemunculan ketua Akatsuki semakin membuatkan orang yakin dengan teori ini. Yondaime yang sememangnya master dalam mengawal jutsu yang berkait dengan ruang-masa mempunyai potensi untuk menjadi ketua organisasi ini.
4) Ketua Akatsuki pernah didengar menyebut, "I'll get back what's mine.". Tafsirkan sendiri..

Teori Yondaime?

Mungkin ada yang telah mendengar, tp, mungkin juga ada yang baru saja mendngar berkenaan perkara ini. Sayapun telah berkali-kali terlibat dalam forum yang menyentuh dengan teori ini. Ok, let's check it out!!!!!!!!!!!!!!!